Wednesday, May 12, 2010

Bebas seperti Burung..


Kini, dia bebas…. Bebas seperti burung - burung yang ada di muka bumi ini. Akan tetapi kebebasannya hanyalah untuk sementara.. Kini, dia bebas dari belenggu tugasan - tugasan dan projek - projek yang di ambil olehnya pada setiap semester. Dia tidak perlu lagi terbang ke tempat belajarnya bersama kura-kuranya pada setiap petang untuk berjaya seperti orang lain, dan kembali pulang pada tengah malam di saat semua sudah melelapkan mata. Dia tidak lagi hinggap di kawasan rehat dan rawat untuk melelapkan mata sebentar ataupun mengisi perutnya yang lapar dan mengerjakan perintah Dia Yang Maya Esa. Dia tak perlu lagi bersengkang mata, malah ia bebas untuk melelapkan mata pada bila-bila masa dan mempunyai rehat yang cukup. Rasa syukur ke – hadratNya kerana diberikan kesihatan, kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan seperti orang lain. Jika orang lain boleh, kenapa tidak dia? Setelah sekian lama dia tidak meneruskan akitiviti mencoret, kini dia mempunyai masa yang lebih untuk kembali menulis...dan yang pastinya, dia kini bebas sementara...Tak lupa juga, selamat hari ibu kepada ibu yang tercinta dan juga kepada semua yang bergelar ibu..Selamat Hari Ibu.